Sebelum wujudnya Universiti Utara Malaysia (UUM), umum tidak mengetahui bahawa dalam lipatan sejarah, kawasan universiti ini adalah hutan simpan Sintok seluas 4000 hektar yang diwartakan sebagai kawasan hitam akibat daripada aktiviti pengganas komunis oleh Parti Komunis Malaya (PKM) yang bergerak dari selatan Thailand. Apabila PKM meletakkan senjata dan menamatkan perjuangan songsang mereka, kawasan Sintok diistiharkan sebagai kawasan putih pada Disember 1988 oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu turut memegang jawatan Menteri Dalam Negeri. Berikutan gencatan senjata daripada pihak PKM, ia membolehkan kerajaan persekutuan memulakan pembinaan kampus Sintok apabila memperuntukkan RM580 juta pada 8 Januari 1989 membabitkan keluasan 1061 hektar dan jarak lingkaran jalan mengelilingi kampus hampir 13 kilometer.
Pemandangan dari atas sekitar UUM
Dewan Muadzam Shah yang menjadi struktur utama UUM
UUM dikenali sebagai kampus yang terindah di rantau ini, siap sepenuhnya pada tahun 1993 dan kini dikenali antara Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terunggul Negara dalam bidang pengurusanterkemuka selepas 27 tahun selepas penubuhannaya.
Sehubungan dengan itu, pengurusan UUM diterajui oleh Prof Datuk Dr Mohammad Mustafa Ishak selaku Naib Canselor tidak berdiam diri atau sudah berpuas hati dengan status yang dimiliki, tetapi terus mengorak langkah untuk terus maju. Kini UUM telah mengalami pelbagai perubahan dalam pelbagai bidang.
No comments:
Post a Comment