Logo UUM

Logo UUM

Thursday, 31 March 2011

PERPUSTAKAAN SULTANAH BAHIYAH (PSB)


PENGENALAN

          Perpustakaan adalah sebuah pusat sumber dan gedung ilmu yang amat penting bagi masyarakat universiti. Perpustakaan berfungsi sebagai pusat perkhidmatan yang menyediakan kemudahan untuk membantu penggunanya dalam proses pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.
Perpustakaan kini mempunyai sejumlah 1042 871 naskhah koleksi termasuk 292 538 bahan bercetak, 654 139 bahan tidak bercetak dan 96 194 bahan dalam format digital. Perpustakaan juga melanggan 34 720 judul jurnal dalam bentuk elektronik. Koleksi dan perkhidmatan atas talian boleh diakses oleh pengguna berdaftar melalui internet. Perpustakaan kini menggunakan sistem komputer tempatan sepenuhnya yang dikenali sebagai LINTAS (Library Information Technology Automated System).
Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia mempunyai kakitangan seramai 106 orang yang terdiri daripada 25 orang pustakawan, seorang penolong pendaftar dan 80 orang kakitangan sokongan.
Pada 18 Disember 1997 perpustakaan telah mendapat Sijil MS ISO 9002 daripada SIRIM QAS Sdn. Bhd. Dengan ini, perpustakaan dapat memantapkan lagi perkhidmatannya dan mempertingkatkan semua urusan pentadbirannya. Perpustakaan UUM merupakan perpustakaan pertama dalam negara yang dianugerahkan Sijil MS ISO 9002 bagi keseluruhan operasi.
Pada 21 September 1999, perpustakaan dirasmikan dan di masyhurkan sebagai Perpustakaan Sultanah Bahiyah oleh K.D.Y.M.M. Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman. 


PIAGAM PELANGGAN

Ø  Kami berikrar untuk memberi perkhidmatan yang cekap, tepat dan mesra bagi memenuhi kehendak pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.
Ø  Kami berusaha untuk memperolehi semua jenis bahan perpustakaan yang diperlukan untuk rujukan, pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.
Ø  Kami berjanji mengendalikan urusan pembayaran mengikut peraturan bagi semua perkhidmatan dengan cepat, cekap dan mesra.
Ø  Dalam menjalankan tugas-tugas di atas, kami bersedia menerima cadangan dan teguran dari pengguna bagi memastikan kepuasan dapat dipenuhi.

Perkhidmatan Yang Disediakan oleh PSB


Self check ( mesin untuk meminjam buku)


Menyediakan laman web perpustakaan (Sistem Web OPAC)
-Tujuan laman web diwujudkan adalah untuk memudahkan proses pencarian maklumat yang diperlukan secara cekap dan berjaya. Dengan adanya skor jurnal online,buku dan gambar, laman web ini bertindak sebagai penghubung dan menawarkan akses web ke pelbagai sumber tempatan dan global, termasuk katalog online, pangkalan data online, koleksi digital dan laman web lain yang berwibawa

Digunakan untuk sistem Web OPAC

Menyediakan perkhidmatan mesin untuk meminjam buku


-Mesin ini disediakan adalah untuk memudahkan peminjaman buku oleh mahasiswa dan    mahasiswi kerana ia lebih cepat dan lebih mudah digunakan. 
Mesin book drop


Menyediakan perkhidmatan mesin book drop
-Tujuan mesin ini disediakan adalah untuk memudahkan proses pemulangan buku yang telah dipinjam. Dengan adanya mesin ini, proses pemulangan buku menjadi lebih cepat daripada proses pemulangan secara manual.        

No comments:

Post a Comment