Kemudahan penginapan di dalam kampus kepada semua pelajar Universiti Utara Malaysia ( UUM ) adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak universiti. Bagi memenuhi keperluan ini, sehingga kini UUM mempunyai 15 buah Dewan Penginapan Pelajar ( DPP ) yang boleh menampung kira-kira 20,000 orang pelajar. DPP tersebut ialah MAS, TENAGA NASIONAL, TRADEWINDS, PETRONAS, EON, MISC, SIME DARBY, PERWAJA, TELEKOM MALAYSIA, PROTON, MAYBANK, YAYASAN AL-BUKHARY, BANK MUAMALAT, BANK RAKYAT dan SME BANK. Nama-nama DPP ini adalah bersempena dengan nama syarikat yang telah menaja DPP masing-masing.
DPP YAYASAN AL-BUKHARY ( DPP YAB )
DPP YAB telah diterajui oleh pengetua pertama iaitu En. Mohamad Sukeri Khalid dan seterusnya oleh pengetua yang kedua iaitu Mej. Hj Azizan Husain. Kini kesinambungan kecemerlangan DPP ini oleh En. Mohd Anizam Ariffin selaku pengetua yang ketiga dan kemudiannya diterajui oleh kepimpinan baru iaitu pengetua keempat, En. Azemi Shaari.
Moto DPP iaitu “Bersih, Selesa, Berdisiplin, Berilmu dan Bersahsiah Mulia” dijadikan pedoman oleh setiap warga DPP dan diselaraskan untuk menerapkan nilai-nilai perpaduan dan ukhuwah dalam kalangan pelajar tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan budaya. Matlamat utamanya adalah memastikan DPP berada dalam keadaan harmoni sekali gus menerapkan nilai-nilai keperibadian yang tinggi serta mewujudkan sahsiah yang mulia dalam kalangan warga DPP YAB. DPP bukan sahaja menjadi tempat penginapan semata-mata tetapi sebagai pusat pembangunan akademik dan juga sahsiah pelajar. Pelbagai kemudahan asas seperti surau, bilik bacaan, gymnasium, dapur siswi, bilik aktiviti, makmal komputer, cafeteria, “food court”, gelanggang sukan dan bilik tamu disediakan. Selain itu, DPP YAB juga mewujudkan landasan kepada para pelajar untuk bergiat secara aktif dalam bidang keusahawanan.
DPP Bank Muamalat |
Pihak DPP YAB juga menyediakan kawasan bagi pelajar untuk membuka warung dan kiosk jualan yang bertujuan memberi pengalaman kepada pelajar untuk menguruskan perniagaan sendiri seperti “Warung Malam” yang menjadi tempat tumpuan pelajar untuk mengurangkan tekanan belajar. Pihak Pentadbiran DPP dan Jawatankuasa Pembangunan Pelajar Dewan Penginapan Pelajar ( JPPDPP ) turut menjalankan aktiviti bagi memberikan pendedahan dan kemahiran berguna kepada pelajar-pelajarnya.
Harapan pihak DPP adalah agar semua pelajar yang bergelar warga DPP YAB mampu menjadi mahasiswa dan mahasisiwi yang berwawasan, berdedikasi, berketrampilan, mempunyai sifat intelektual yang tinggi serta bermoral dan beretika hasil daripada garapan semua sumber dan kemudahan yang disediakan oleh DPP ini.
DDP Bank Rakyat |